Teman Perjalanan Ilmu Anda

Dari persediaan awal hingga tiba di negara pilihan,
kami hadir sebagai teman setia dalam perjalanan akademik anda.

Asas Ilmu Bermula Di Sini

Program persediaan dan pengukuhan ilmu untuk pelajar
sebelum melangkah ke luar negara.

Urusan Pengajian Luar Negara Lebih Mudah

Dari dokumentasi hingga penempatan, kami bersama anda, mula hingga akhir.

Tentang Kami

Dar Hikmah Menyediakan Platform Pendidikan Berskala Global

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri China"
Dar Hikmah komited dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui bimbingan yang terarah, pengurusan kemas, dan sokongan berterusan sepanjang proses persediaan pendidikan. Setiap pelajar dibimbing bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga pembangunan sahsiah dan kematangan diri agar lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran di luar negara.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam mengurus permohonan dan penempatan pelajar ke institusi pengajian luar negara, kami memahami keperluan sebenar pelajar dan ibu bapa. Kami menyediakan taklimat, latihan, panduan dokumentasi, dan program persiapan menyeluruh, disesuaikan untuk memastikan setiap pelajar melalui proses dengan yakin dan jelas hala tuju mereka.

+

Tahun Pengalaman

Program di Malaysia 🇲🇾

Inisiatif Dar Hikmah menjadi tapak awal pembentukan jati diri pelajar melalui pendidikan tersusun, menekankan persediaan ilmu, potensi, dan keyakinan sebelum ke pengajian luar negara.

Antara Program Kami:
Pengajian Agama Bermodul
Kelas Penguasaan Turath
Pendedahan Belajar Luar Negara
Pengurusan Pelajar Luar Negara

Sambung Belajar Mesir 🇪🇬

Program Dar Hikmah di Mesir memberi tumpuan kepada urusan pengurusan pelajar serta konsultasi lanjutan bagi memastikan kelancaran proses pengajian dan penempatan di institusi pilihan. Kami berperanan sebagai penyambung antara pelajar, keluarga, dan institusi pengajian dalam memastikan segala urusan berjalan lancar dan terurus.

Antara khidmat kami:
Pengurusan Dokumen
Konsultasi & Khidmat Nasihat
Jordan
Turki
Maghribi
Saudi
Akan dilancarkan tidak lama lagi.
Nantikan info lanjut dari kami!
Kenapa Pilih Kami

Solusi pendidikan terbaik disediakan khas untuk anda.

Bimbingan Menyeluruh

Panduan lengkap dari sesi taklimat awal, persiapan dokumen, hingga ke langkah akhir permohonan pelajar.

Pengurusan Cemerlang

Urusan permohonan, dokumen dan penempatan diurus secara sistematik dengan pemantauan berkala.

Sokongan Berterusan

Bantuan dan pemantauan disediakan selepas pelajar berlepas, termasuk komunikasi dengan ibu bapa.

pelajar

Graduan

+

Tenaga Pengajar

+

program ditawarkan

Bangunkan Potensi Diri Anda Bersama Dar Hikmah

Testimoni

Perkongsian Pengalaman Pelajar

Alhamdulillah, sepanjang saya bersama dengan Kembara Mesir, feedback jujur yang boleh saya bagi adalah tersangat puas hati! bermula daripada proses untuk tiket dan visa, kemudian semasa hendak terbang, dan alhamdulillah sehingga tiba di Mesir, semua kelengkapan, dan keperluan yang ditawarkan Kembara Mesir diperolehi saya dengan serba lengkap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Adam Taufiq

peserta okt 2024
Alhamdullilah kalau pergi ngan kembara mesir ni memang banyak urusan semua diorang yang tolong kita settlekan and kita just siap siap barang terbang ke mesir. Kembara mesir pun sediakan banyak keperluan yang cukup untuk kita as pelajar dari segi kelas pertuturan dan barang barang rumah. So berbaloi sangat kalau yang baru nak flight mesir sebab harga pun sangat berbaloi.

Ust Nazhif Fikri

Graduan Universiti Al Azhar. Peserta 2021.
Syukur kepada allah, kerana telah perkenalkan saya dengan Agensi Kembara Mesir ini... pada awalnya saya buntu bagaimana hendak ke mesir tidak sehingga saya diperkenalkan dengan agensi ini.. boleh dikatakan urusan untuk ke mesir dari A hingga Z semuanya di buat oleh agensi Kembara Mesir ini... dgn harganya yang sangat berpatutan berbanding agensi lain.. dengan kelengkapan dan program yang ditawarkan memang sangat berbaloi dan puas hati.. sampai ii dpt katil baru bantal baru almari siap dapat pakej jalan jalan di sekitar mesir sambil belajar bahasa arab mesir.. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kembara Mesir atas servis yang ditawarkan!

Ammar Fauat

Peserta Okt 2024.
FAQ

Pertanyaan Lazim

  1. Ujian untuk menentukan tahap penguasaan Bahasa Arab sebelum memasuki Universiti Al-Azhar.

  2. Tarikh Ujian Tahdid Mustawa boleh disemak di FB Institut Bahasa Arab Al-Azhar USIM dan Rabitah atau hubungi pegawai kami.

  3. Tiada lulus atau gagal. Pelajar akan ditempatkan ke kelas mengikut tahap berdasarkan keputusan ujian.

  4. Hanya pelajar Pengajian Islam dan Qiraat sahaja perlu menduduki ujian ini.

  1. Dianggarkan kos sara hidup di Mesir bagi seorang pelajar adalah sekitar RM500 hingga RM700 sebulan.

  2. Anggaran kadar sewa rumah jika dikongsi di sekitar Kaherah adalah RM90 hingga RM150 seorang, bergantung pada saiz rumah, bilangan penghuni, kemudahan yang disediakan, serta kawasan kedudukan rumah.

  3. Pelajar boleh membuat tukaran wang RM ke Egyptian Pound (EGP) di Mesir sama ada melalui Online Transfer atau ATM. Pelajar juga boleh berbelanja melalui TNG eWallet.

  1. Setiap pelajar hendaklah melengkapkan dokumen pendaftaran universiti melalui sistem e-Timur Tengah.
    i) Setiap pelajar akan diberikan resit pendaftaran yang mengesahkan fail pelajar telah diterima dan diproses oleh pihak universiti.

  2. Setiap pelajar perlu menyediakan dokumen:
    i) Pasport yang sah dan tarikh tamat tempoh tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh penerbangan.
    ii) Surat pengesahan pengajian ke Mesir daripada KPT.
    iii) Visa dari kedutaan Mesir Ampang atau eVisa.

Dar Hikmah ialah platform pendidikan yang menyediakan bimbingan, taklimat dan pengurusan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Ikuti Kami