Kenali Dar Hikmah

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”

[Riwayat Muslim (4867)]

Dar Hikmah Edu Consult

Dar Hikmah komited dalam membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui bimbingan yang terarah, pengurusan kemas, dan sokongan berterusan sepanjang proses pendidikan. Setiap pelajar dibimbing bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga pembangunan sahsiah dan kematangan diri agar lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran di luar negara.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam mengurus permohonan, penempatan serta kebajikan pelajar di institusi pengajian luar negara, kami memahami keperluan sebenar pelajar dan ibu bapa. Kami menyediakan taklimat, latihan, panduan dokumentasi, dan program persiapan menyeluruh, disesuaikan untuk memastikan setiap pelajar melalui proses dengan yakin dan jelas hala tuju mereka.
Bersama Dar Hikmah, para pelajar bukan sahaja diberikan perhatian ketika tahun pertama pengajian, kami juga berusaha membina para pelajar melalui komuniti Dar Hikmah di setiap cawangan dalam pengurusan kewangan, pemantapan akademik, pembinaan sahsiah, kemahiran insaniah agar mereka ini mampu menjadi kepimpinan negara setelah tamat pengajian kelak.

Bermula dengan pakej ‘Mumtaz’ tahun 2013, kemudian didaftarkan atas nama Dar Hikmah Edu Consult. Kami berpengalaman lebih 12 tahun dalam menguruskan pelajar-pelajar menyambung pelajaran di luar negara.

" Kepakaran kami adalah mengurus pelajar dan mempersiapkan mereka yang ingin sambung belajar di luar negara serta menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di luar negara termasuk melatih pengurusan kewangan, menyusun program pemantapan akademik, pembinaan sahsiah, kemahiran insaniah serta pembangunan kepimpinan. "

Pelajar

Graduan

+

Tenaga Pengajar

+

Program ditawarkan

VISI

Membina sebuah tamadun yang amanah terhadap ilmunya, berperibadi akhlak yang tinggi juga sentiasa ringan untuk berbakti kepada masyarakat

MISI

Memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat muslim Malaysia untuk mendapat Pendidikan lebih tinggi serta pembinaan jatidiri agar ia diwakafkan kembali dengan berkhidmat kepada ummah

Kenali Pasukan
Dar Hikmah

Pasukan Dar Hikmah Edu Consult berdedikasi membantu pelajar merancang dan melanjutkan pengajian ke luar negara dengan bimbingan, persediaan, dan sokongan menyeluruh.

Ustaz
Rofiqul Amin

Pengarah Urusan
Bachelor of Usuluddin, Azhar University

Ustaz
Umar Shahruzzaman

Ketua Projek
Bachelor of Usuluddin, Azhar University
Dar Hikmah ialah platform pendidikan yang menyediakan bimbingan, taklimat dan pengurusan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Ikuti Kami